Antara aktiviti yang diadakan pada hari tu: Explorace untuk budak2 matrikulasi, kuiz untuk program RCMP and Vinayaka. Fist-UK aku tak tau diorang buat ape.haha yang tu khusus untuk program. tapi kalau pertandingan yang sume wajib hantar wakil kelas adalah Imam Muda dan Ustazah Pilihan.Haaaaa lupe nak mention adik-adik Fist Australia ade pertandingan choral speaking(oh-so sweet speaking chorally at the age of 18..hahaha kejam).
Yang aku nak tekankan di sini adalah pertandingan Ustazah Pilihan tu sebab ni kan blog aku, so aku just cakap benda yang berkaitan dengan aku jela..Gotta problem with that?? Yeahhhhh aku dipaksa dan terpaksa masuk sebab setiap kelas WAJIB hantar wakil..ughhhhh aku cepat-cepat menukar status menjadi Ustazah Paksaan..kuang kuang kuang...tapi demi maruah kelas, masuk jela...takkan nak forfeit kot..malu beb! So aku wakil Ustazah Pilihan, and Nazrin Bin Hamka wakil Imam Muda(bagi yang tak kenal tu buat-buat kenal jela ye). So antara intipati pertandingan adalah:
1-Baca Surah Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas secara berlagu,bertajwid dan ape ber-ber lagi..
2-Buat ulasan bagi salah satu surah tersebut dalam masa 3 minit.
Vvvaaaahhhh vvvaahhhh vvaahhh! Walaupun hati ini berat+cuak+ rasa tak layak langsung, aku tetap buat persediaan..Yela, hal agama kite tak boleh buat main-main..So when the day comes, aku menyarungkan baju WE LOVE PM yang sume orang dapat free and wajib pakai dan skirt denim(baru sopan sikit)..hehehe
Alhamdulillah, aku berjaya tidak menyumbangkan suaraku semasa mengalunkan ayat-ayat suci tersebut..Time bagi ulasan pun alhamdulillah, aku rasa aku dah buat yang terbaik...Lepastuuuuuuu...jeng3! pada pukul 1.40 tengah hari, aku dapat satu mesej yang berbunyi..
"Assalamualaikum..nanti Atina dgn Nazrin kene dtg dewan Bad kul 2 utk ambk had..-hilda-"
hhahahahahah paham tak??meh aku translate...die cakap "nanti Atina dengan Nazrin kene datang Dewan Badlishah pukul 2 untuk ambil hadiah"...di saat aku membaca mesej ni, jantung duk dag dig dug habaq hang..terkejut gila bapak ahhhhhhhhhhh..AKU USTAZAH PILIHAN??? tak tercapai dek akal, bak kata Amirul a.k.a Salafi..........memang macam nonsense tapi itulah hakikat. Itulah yang dikatakan rezeki.Alhamdulillah.. Time amek hadiah, siap dapat standing ovation daripada rakan-rakanku yang memang tak berapa nak malu..hahahah paling best, of courselah terima hadiah daripada menteri! ehek ehek ehek impian tercapai nak jumpe menteri..siap cakap lagi dengan die..(bangga sekejap)
Anyway, apa yang aku nak sampaikan sebenarnya aku takdela rasa bangga and ter-honoured dengan gelaran dan status tu.Malah, sampai sekarang aku rasa rendah diri sangat...rase macam kene perli pun ade..hahah lagipun, title tu terlalu besar kalau nak dibandingkan dengan task2 yang diberi..Sebab, membaca ayat suci Al-Quran dan mengulas sesuatu perkara selama 3 minit bukanlah penentu anda ni baik tahap alim ah, standard ustazah ke ape..malah, lebih dari tu....Islam ni syumul and kite perlu lihat sesuatu perkara itu secara menyeluruh..peribadinya, akhlaknye, pergaulannya, penampilannya...semua!!
Akhirulkalam, aku anggap pengiktirafan ni sebagai satu semangat untuk aku lebih memperbaik diri aku..Life is all about hijrah...changing from the person you are now to a much better person. Alhamdulillah, Allah has made it easy for me to make this change.. Insyaallah, i'll try my best to be the best muslim that i can be. Aminn
Me with my winning prize!! Thank You Allah.. |
Excellent blog& presentation. Keep writing more and more. I voted for your blog and suggested your blog to my friends also.
ReplyDelete1973 Chrysler New Yorker AC Compressor