Titisan air dari langit seakan-akan mengerti hatiku yang sedang merintih pedih
Aku tahu cinta ini tiada jalan bahagianya
Sudah kulihat onak dan busurnya
Sudah kubicara denganmu
Namun kau masih ingin melalui.......
Keras hatimu ingin mempertahankan cinta ini!
Dengan lembut lidahmu menyusun madah
Madah berhelah bersalut gula yang amat manis
Sehingga mabuk setiap insan yang mendengarnya, tidak terdaya untuk menepis....
Akulah insan yang bodoh itu!
Kau pendusta! Kau kejam! Kau manusia zalim!
Apa yang telah kaulakukan padaku?
Setelah jiwaku, jasadku, segala hak mutlakku
Ku serahkan padamu
Apakah itu sebagai pendahuluan?
Apakah itu sekadar habuan ringan-ringan?
Apa sebenarnya yang kau mahu wahai pemusnah masa depan?
Tidak puaskah kau merampas satu-satunya harta yang kusimpan,
Demi insan mulia yang bergelar suami.......
Lalu kau melangkah pergi begitu sahaja dengan gelak tawamu,
Tanpa menoleh sekalipun padaku
Yang terpinga-pinga dibuai arus kemaksiatan.
Mendengarnya saja sudah bisa menggetarkan dada
Seorang bani adam yang cukup mulia dalam masjid rumah tangga
Yang mampu mengatasi kehormatan kedua-dua orang tua,
Di mana kakinya letak syurga seorang isteri....
Mendengarnya sudah bisa mengukir senyuman pada rias muka setiap hawa
Layakkah aku untuk memiliki seorang insan bergelar suami?
Layakkah aku untuk mendampingi penjamin syurga seorang isteri?
Aku tidak punya apa-apa untuk dikongsi bersama...
Satu-satunya perhiasanku telah diragut sebelumpun aku sempat menyarungkan persalinan kurung putihku...
Yang kusimpan khas untuk hari bahagiaku...
Satu-satunya harta yang kujaga sejak mencapai detik matang demi cinta sejati,
Telahpun dirampas sebelum dahiku sempat dikucup tanda kasih sayang pada hari itu,
Apa lagi yang mampu kuberikan kepada insan bergelar suami?
Ya Allah,
Biarlah kusendirian di dunia ini...
Biarlah kumenghabiskan sisa-sisa maruahku ini dengan zikir dan taubat kepada-Mu,
Sesungguhnya tiada lagi insan yang lebih layak untukku didunia ini...
Melainkan ini hikmah bagiku untuk memiliki cinta sejatiku di syurga nanti,
Aku redha......
Biarlah aku hanya memahat cintaku terhadap-Mu yang maha menerima taubat...
Sesungguhnya cinta tragis itu sudah beralih pergi dari jiwa ini...
Alhamdulillah....
Sekurang-kurangnya aku masih dapat merasakan cinta yang paling indah bersama-Mu....
Nukilan,
AtinaShahida
p/s: tragik ke??hua3...entahlah..
No comments:
Post a Comment
U gotta problem wimme??