Wednesday, April 25, 2012

Hati Wanita Untuk Dijaga, bukan Dicalar

Assalamualaikum...

Haih..sayu je kan bace tajuk atas tu...memang pun..tp kes aku bukan kes putus cinta ke ape, bertepuk sebelah jari ke ape, I don't do those kinds of stuff....ni lebih kepada kepercayaan yang kite, seorang perempuan letak pada insan bergelar lelaki..

Entah nape, these past 2 weeks asyik mengalir je air mata ni..senang sgt nk keluar..Duk sorang2, menangis..lepas solat,menangis...Try cari punca, tapi tak jumpa....tapi kan tina, tak jumpe ke memang sengaja nak lari dari kenyataan?...................................................................................

Kenyataan yang hati ni dah terluka sangat. Dah lame hati ni tak disakiti, sentiasa dijaga dengan elok oleh Allah, tapi sekali ni dirobek,perrrghhhhh memang sakit! Air mata lah buktinya...maybe nilah akibatnya bila hati kita dah sedikit terusik dengan kehadiran seseorang. Astarghfirullahalazim..Allah nak uji supaya kita tak ganti Dia dengan orang lain dalam hati ni..Terima kasih Allah kerana menyedarkan hamba-Mu ini.

  Tapi.....macam mane pun try pujuk diri, hati ni tetap terluka. Sebab rase dipermainkan sangat sangat sangat sangat. Kepercayaan yang kite letak pada persahabatan sebab yakin dengan ilmu agama yang die pegang, rase macam dikhianati..haihh....

"I rase die nak test you je tu."
"Test ape?"
"Yela..die nak tengok sejauh mane you layan die..you kan ustazah pilihan.."

Sampai sekarang aku dihantui dengan dialog-dialog di atas. Aku tak salahkan langsung kawan aku yang cakap ni, in fact, die lah yang menyedarkan aku dengan realiti kehidupan ni. Sebelum tu, aku cuba menafikan sebab aku bersangka baik yang orang tu memang ikhlas nak berkawan. Lagipun, aku tak pernah layan sape-sape lebih-lebih..Semua orang menerima layanan yang same, baik laki mahupun perempuan. Tapi selepas ape yang berlaku, hati aku sentiasa mengiyakan kata-kata kawan ku...Yang orang tu just nak test aku. Lepas die dapat enough maklumat, pap! sekelip mata berubah. Langsung tak tegur, sedangkan satu kuliah, langsung takde khabar berita. Pandang pun tak nak. Hina sangatlah kot aku ni.

Aku cuba sedaya upaya berfikiran positif, bersangka baik, tapi nampaknya hati ni masih jahat..Tambah pulak dengan desas desus + rumors pasal die daripada orang lain yang memang tak enak langsung, lagilah aku tawar hati. Kerana dia bukan seperti yang aku sangka selama ni. Memang aku dah dibutakan dan dikaburi dengan status agama yang die pegang.

Tapi............alhamdulillah, aku makin pulih sekarang..walaupun tak sepenuhnya..kadang-kadang bila nampak die, hati ni still sakit dan sebak jugak..Tapi atas nasihat sahabat-sahabat yang memang untuk aku rahmat dari Allah, aku makin pulih..dah tak nangis dah sekarang.. Mula-mula ingat tak nak open kat orang, takut bukak aib orang dan aib sendiri, tapi nampaknya Allah Maha Penyayang. Sahabat-sahabat dunia akhirat ni memang memahami..

Ya Allah, tak cukup bagiku sekadar mengucap kalimah kesyukuran,tak cukup bagiku melakukan 100x sujud syukur bagi mensyukuri nikmat yang Engkau berikan dengan mendatangkan sahabat-sahabat dunia akhirat kepadaku.


Sekarang, aku rasa lebih tenang. Aku dah maafkan pun orang tu..Tiada manusia yang sempurna.

Nasihat ku, wahai lelaki......
Hati wanita untuk dijaga, bukan dihina.
Hadirnya wanita bukan untuk diuji, tapi untuk melengkapi, jika kau menyedari....
Hati wanita perlu dibentuk dengan tarbiah Islam, bukan dipermainkan atas alasan agama..

Hasbunallah wani'mal wakil..

1 comment:

U gotta problem wimme??