Assalamualaikum..
Baru-baru ni, aku didatangi oleh Naqibah usrahku..time tu mujur lagu yang berkumandang kat fon lagu Raihan and aku pun tak buat benda-benda yang boleh dikategorikan sebagai lagha(haha hipokrit di situ!)..tapi hati ni cuak bhaii ingatkan die nak tegur sebab tak gi bacaannye pasal...hahahah punyela orang kate bersangka buruk...astarghfirullahalazim...tapi...tengok2........
Aliah(oops!terbongkar identiti): Tina, aliah nak cakap sikit..
Atina : (muke cuak tapi berlakon slambe)....ohhh bole je...mehla..
Aliah: sebenarnya...kitorang dah bincang-bincang tadi.......nak angkat tina jadi naqibah...untuk junior AUS..
mataku terbeliak seolah-olah aku baru sahaja keluar setelah terperangkap dalam kegelapan selama 1000 tahun(over!)..
Jadi, inilah isu yang inginku kongsi...Perlukah aku terbeban ataupun bangga dengan 'pangkat' yang baru diberikan??
Realiti kehidupan manusia kini, kita hanya nampak keindahan dan kemegahan di sebalik sesuatu pangkat atau title yang dianugerahkan. Misalnya, title ustaz, naqibah, Tok Guru, dato', perdana menteri, CEO, presiden Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, ketua tadbir surau,Timbalan Naib Canselor, imam masjid yada yada yada...
Tapi adakah kita nampak amanah dan tanggungjawab di sebalik jawatan yang diberikan itu?
Pada saat Aliah menyampaikan amanat tu aku dah rasa macam ada dua bukit jatuh bededap atas bahu aku. Itulah amanah. Not that it's a bad thing, because i accept this offer with an open heart and i am actually really touched in a way that they have put a trust on me to spread Islam. Bukan senang orang nak bagi kepercayaan kat kita untuk berdakwah ni...Berdakwah adalah wajib bagi setiap umat Islam, tetapi untuk ade status 'naqibah' tu adalah tanggungjawab yang lain..Bak kata Aliah, di akhirat nanti, kita akan dipersoalkan perihal anak-anak didik usrah kita. Andai kata kita tak menjalankan amanah dengan sebaiknya, kita pandang remeh, kita tak tegur anak usrah kita sebab takut 'awkwardness' yang akan berlaku nanti, apa kita nak jawab nanti di akhirat?? Takkan kita nak jawab pada Allah s.w.t kita malu nak tegur?kita segan?kita malas?dah banyak kali tegur tak nak dengar??Itukah persediaan kita??Nauzubillahimindzalik...
Bukan saje dalam bab keagamaan je,malah ape2 pekerjaan sekalipun mesti berserta dengan amanah. Even jawatan bendahari kelas, walaupun orang sering memandang remeh jawatan tu, tapi cuba kita fikirkan balik. Kita handle duit orang, maka kita memegang amanah yang besar di situ sekalipun hanya duit ahli kelas. Jika ada sejumlah duit yang hilang walaupun nilainya hanya 50 sen, amanah tetap amanah, tidak kira kadar atau jumlah. Kalau bendahari kelaspun dah tanggungjawabnya sebegitu, apatah lagi imam masjid Negara, Perdana Menteri kita. Semuanya berserta amanah yang berat. Tapi itulah janji kita kepada Allah s.w.t sejak azali; menjadi khalifah di muka bumi ini, untuk memastikan bumi anugerah Allah ini sentiasa makmur dan aman.
Malang sekali, orang tak nampak 'gunung-gunung' dan 'batu-'batu' yang dah dihempapkan atas bahu mereka dengan jawatan yang mereka sandang tu. Mereka hanya nampak kekayaan, publisiti, populariti yang memang sifatnya lahiriah dan tempting. Akibatnya, berlakulah pecah amanah dalam masyarakat. Rasulullah S.A.W dalam hadisnya ada menyebut,
" tanda-tanda orang munafik itu ada tiga, jika dia berkata-kata, dia berdusta, apabila berjanji, dia mungkir, apabila diberi amanah, dia khianati."
(Riwayat Al Bukhari dan Muslim)
Kita tak mahu tergolong dalam golongan munafik sedangkan kita solat, puasa, bayar zakat, siap pergi Haji lagi. Janganlah kerana pecah amanah, amalan kita selama ni sia-sia je.Nauzubillah.
Wahai saudara dan sahabat, jika kita diberi kepercayaan untuk menunaikan sesuatu tanggungjawab, janganlah kita lari daripada tanggungjawab tu. Sebaliknya, terimalah dengan penuh rasa amanah dan yang paling penting, sentiasalah meminta petunjuk dari-Nya agar kita diberi kekuatan untuk menjalankan amanah dengan sebaiknya. Insyaallah, sama-samalah kita menjadi khalifah yang terbaik.Amin.
assalamualaikum,
ReplyDelete"Berdakwah adalah wajib bagi setiap umat Islam"
boleh share mcm mna nak tunaikan tanggungjawab ni? easier said thn done, espescially those yg ilmu pun cukup2 makan je sbgai muslim...
Waalaikumussalam Azri.
ReplyDeleteThanks for asking.Insyaallah, i'll try my best to answer.
Actually, ramai yang dh misinterpret istilah berdakwah ni. Bile dengar perkataan dakwah je, orang dah terbayang ustaz, ustazah, ceramah berjam2, forum agama, tabligh and so on..sebenarnya, yang tu berdakwah yang lebih formal, meaning dilakukan oleh orang yang memang bidang die ke arah tu.
Tapi sebenarnya kite sume ni pun boleh berdakwah. tak semestinya melalui lisan.. our appearance,our attitude sume bole jadi sumber dakwah. misalnya pakaian. Jika kite berpakaian kemas, bersih dan menutup aurat sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam, insyaallah orang akan tertarik..Samela dengan akhlak kite. Kalau kite sentiasa berlaku adil,bertutur dengan kata-kata yang baik,tak membeza-bezakan orang, boleh jugak jadi satu medium dakwah. Even Rasulullah pun berdakwah dengan banyak cara. Ade kisah di mana orang tu masuk Islam hanya kerana tertarik dengan akhlak baginda..
So azri, i hope i have answered your question.Pasal ilmu tu, janganla tunggu ilmu nak cukup baru nak berdakwah..kalau macam tu, sampai bile pun tak abes..ilmu Allah terlalu luas..tapi cukuplah kita buat persediaan spy bile orang tanya kite ape kelebihan Islam berbanding agama lain, kite mampu jawab dengan baik...one more thing, maybe u should read my post titled "Dakwah ituuu.".. kat situ lg panjang berjela i cakap..hahah