Wednesday, February 8, 2012

From a window pane: A Roller Coaster Lesson




Assalamualaikum..Okay,I know i haven't been writing for a while,i was busy with a lot of things....so sorry okay! Hey, that wasn't hard enough...I can apologise, hahah..

Okay, so..what's up with this roller coaster thingy??how can a roller coaster ride give you a lesson??All it can give you is a hell of a scare and some puke....

Ginilaaa...roller coaster merujuk kepada perjalanan aku dalam bas HBR K.Nerang-Alor Setar-K.Nerang tadi..Aku,kawan aku dan kawan aku gi outing bagi melepaskan kegilaan dek kemarau air di KMKN..dah 3 hari aku jijik dengan diri aku(ok, over gile ayat) sebab ayaq takdak kat dorm..ughhhhhh jadi, seperti status aku di facebook,aku menjadi nomad sebab pindah ke sana ke mari mencari setitik air untuk ditaburkan ke seluruh badan..end of story.

Back to story. Jadi kami pon keluaq outing. Tunggu punya tunggu, bas MaraLiner tak sampai-sampai jugak..Nak dekat setengah riwayat tunggu, akhirnya kelibat bas dapat dihidu..............
Malangnya, bukan bas MaraLiner yang ade aircond + pintu boleh tutup yang sedang mara, tapi bas HBR yang usianya dah jubli platinum +aircond semulajadi,yakni angin luar+ pintu halimunan yang nampak seronok sebab banyak penumpang kolej sedang menunggu untuk memberatkan muatan...........
Dalam bas, aku membunuh masa dengan mengusha segala bentuk manusia yang ada(istighfar)..dari pakcik ketip2(tukang kutip tambang) sehinggalah ke orang yang masuk keluar bas..Aku nampak orang tua masuk bas, berdiri tepi budak kolej yang tengah duduk panaskan punggung,dia berdiri sampai dia sampai ke destinasi......aku istighfar............................................................................................

Sampai ke destinasi,yakni Pekan Rabu..aku jumpa kawan lama,Norhafiza Mohamad Nor dan peluk-cium tidak berlaku kerana kami berada di depan pakcik teksi yang akan membawa kami ke Star Parade.awkwarrrddd.......
Jalan jalan jalan jalan jalan....pergi memburu barang-barang keperluan seperti Kit Kemarau Air(KKA) yang terdiri daripada;
  • 1 Syampu kecik
  • 1 sabun badan kecik
  • 1 ubat gigi kecik
  • 1 sikat
  • 1 tuala kecik
  • Beg untuk letak barang-barang di atas
bagi menghadapi krisis air yang seterusnya..Macam cikgu BM ajar dulu, sediakan payung sebelum hujan...

Pergi Popular dengan harapan nak melupuskan voucher buku hasil keprihatinan kerajaan(sempat lagi bersifat pro-kerajaan) tapi semangat tiba-tiba luntur selepas melihat manusia yang nampaknya macam melalui mitosis, tak serik-serik bertambah dan bertambah(bagi non-bio people, aku just nak cakap manusia ramai sangat)..biasalah....benda orang dah bagi free, seronoklah.....so Melayu  =_=.........selepas kerajaan bagi voucher ni, baru SEMUA 28 juta penduduk Malaysia tahu apa itu Popular, Borders dan MPH...

[fast forward]

Puas berjalan, kaki, hati dan mulut kata "jom balik, nak makan"..Jadi, selepas berpeluk-cium dengan Pija sebab pakcik teksi dah takde, bas yang ditunggu-tunggu,yakni MaraLiner tidak juga kelihatan..akhirnya, bas HBR juga yang masih bersemangat nak cari mangsa terhuyung hayang....HBR pun HBR la.................
Dalam bas yang dah macam sardin tin yang sardinnya masih melalui mitosis tanpa henti, aku terpaksa berpaut di tangga bas yang mana pintunya halimunan..Aku nak pegang apek Cina naik basikal tepi bas pun boleh, tapi  apakan daya, aku baik..............................=D
Depan mata aku masa itu seorang orang tua yang usianya sudah uncountable...........aku usha je die.......ushaaaaaaaaaaaaaaa je.........................

Lepas tu, aku menebarkan pandanganku ke luar........
Ke sawah padi....aku tengok budak2 kutip padi...????tu ke istilah die??..kutip pun kutiplaa...
Masih ade belia yang sanggup buat kerja-kerja ni....Alhamdulillah....
Aku melihat warga-warga bas yang memang lengkap semua generasi ade................
ade yang bawak satu family naik bas tu........fikir dalam hati...ekk???fikir....dalam hati??hati pun hatilaa...
maybe diorang takde kereta..........

Then...aku sampai ke kolej yang terchenta..The end.

Sebenarnya, macam-macam lagi aku nampak melalui pintu halimunan bas tu yang banyak menyentuh hati sanubariku....Yang buat aku muhasabah diri balik atas segala nikmat yang Allah dah bagi aku, tapi somehow aku tak bersyukur....astarghfirullahalazim.....
Sungguhla...kadang-kadang kita perlu merasai apa yang orang lain rasa untuk menyedarkan diri....Kalau kita tension kereta kita hanyalah Kancil tahun 2000 nak dibandingkan dengan Mini Cooper kawan kita, kalau kita fed up asyik pakai baju brand Applemints yang sama, kalau kita merungut mak ayah asyik bawak pegi makan kat Restoran Melayu je, dan bukan Victoria Station..maka beristighfarlah.............

Cuba sehari kita try naik bas macam orang lain.....Cuba seminggu kita pakai baju bundle yang sama.....Cuba sebulan kita makan nasi dengan telur mata kerbau je.........Sebab tak semua orang bernasib baik macam kita...Mak ayah boleh bagi kereta, boleh belikan baju mahal-mahal, boleh bawak pegi makan waima Restoran Ikan Bakar sekalipun..Ingatlah masih ramai orang yang nak beli motosikal pun tak mampu, baju raya beli kat kedai bundle, nak makan pun Maggi je pagi petang siang malam...

Aku bersyukur sangat aku ditakdirkan untuk berada di tempat sebegini...di mana aku dilayan sama seperti orang lain...tidak mengira aku anak siapa, pengkat ayah aku apa, kerana pada pengakhiran hidup nanti, semua ini tak penting lagi..Yang penting apa yang telah kita lakukan dalam hidup...

So sahabat-sahabat ku.....ayuh! Ucaplah alhamdulillah atas semua nikmat yang Allah dah bagi kita...

ALHAMDULILLAH...

No comments:

Post a Comment

U gotta problem wimme??