Sunday, November 27, 2011

Dakwah ituu...

Aku sangat tertarik dengan apa yang seorang kawan aku, Wan Ainaa Izyan merangkap ketua Jana Taqwa Amal Islami(JTAI) cakapkan dalam tazkirahnya pada bacaan terakhir sebelum aku balik menuai menunaikan cuti sem(my god, ayat kau!)..tulah, ada sebab Allah gerakkan hati aku nak pergi bacaan malam tu..Kalau ikotkan nafsu dan syaitan, bole je skip bacaan and layan movie ke, layan jiwang ke ape..tapi alhamdulilah atas hidayah Allah, aku pergi jugak. Lagipun, memikirkan itu kali terkahir aku akan jumpe kawan-kawan FIST-Australia aku, aku gagahkan hati jugak(walaupun sumpah time tu mengantuk tahap gaban)..teringkat lak kata-kata ustazah,

"Kalau bukan kerana hidayah Allah, ustazah ade kat sini bagi ilmu, kamu dah kat tempat laen.."...hmmm *mendongak*

Back to our main content, malam tu apabila Ainaa tanya sape nak bagi tazkirah, as usual being the most humble human on Earth, sume orang tunduk sampai nak cecah bumi tu habaq hang! termasukla aku-aku sekali...and Ainaa, being our angel who always has something to say.....said..

"Sebenarnya, bagi Ainaa, dakwah tu macam aiskrim......Cube bayangkan kite tengah makan aiskrim depan kawan kite..and then die tanye,sedap tak aiskrim tu??Kite pon dengan senyum kambing akibat minum Hi-Goat banyak sangat(ok ni takde dlm skrip) cakap sedaapppppp....ada jelly dalam ni, ada tu, ada ni...Pada zahirnya, kawan kite pon nampak aiskrim tu, tp rasa die hanya kita yang tahu mcm mane...Jadi untuk membenarkan kata-kata kita(sebab ayah kata kite tak bole caye orang 100%, so kene experience sendirila), kawan kite pon belilah aiskrim yang sama...and dapat menikmati kelazatan aiskrim Matkool Jelly yang sama "

Hah! begitulah realiti dakwah..ok, skrip Ainaa kat atas dah banyak kene corrupt, tapi yang penting isinya..kan kan kan???

Seperti juga dakwah...pada mulanya, kenikmatan iman tu hanya kita yang rasa...tapi apabila kita menzahirkannya---dengan cara menutup aurat, berperibadi mulia, sentiasa membuat amal jariah, orang akan mula tertarik dengan kita dan akan mendekati kita. Secara tak langsung, akan timbul minat dalam diri orang tu untuk mencontohi kita...tanpa kita sedar, dakwah telahpun berlaku...

Takrifan dakwah ni luas. Tak semestinya yang terang lagi bersuluh tu saje dakwah, yang kecil-kecil, yang kabur-kabur tu pon boleh dikira dakwah, selagi mana ia menimbulkan kesedaran dalam diri seseorang..Tapi, kebanyakan kita, bila cakap pasal dakwah, mesti pikir ceramah, majlis ilmu yang berjam-jam tu,tabligh la,jambangla....sedangkan  maksud dakwah tu luas sangat! Kadang-kadang, dalam kita tak sedar, kita sebenarnya berdakwah...

-aik??mcm mane tu ustazah tina??(haha perasan jadi ustazah jap)

Example 1

Ummi Sarah(sorry Ainee, pinjam identiti jap) yang bertudung labuh bidang '60 melalui seorang perempuan freehair di mana-mana jela...(malas nak pikir tempat kejadian). Perempuan tu nampak Ainee dan berkata dalam hati.."wuihh!lawanya dia pakai tudung..tudung pon lawa, bila orang pakai nampak lagi lawa...hmm...syok jugak pakai tudung ni rupanya...pahala pun dapat, cantik pon cantik...aku nk try gak ah"

analisa---haaa...nampak tak dalam tak sedar sebenarnya si Ainee ni dah berdakwah..sedangkan minah freehair ni tak kenal pon Ainee ni sape..

-tapi, tu pada zahirnya saje Ainee nampak baik..ntah2 di sebalik tudung tu, berbintat2 dengan love bite!!
-wuihh! yang hang buruk sangka ni awat??hang tau dak sebahagian daripada berburuk sangka tu dosa??ainee tu baik ka, tak baik ka blakang cerita la..yang penting, perempuan tu dah tergerak hati nak menutup aurat lepas tengok ainee tu..yang hang tak puas hati ni awat??

Example 2

Rosli Dhobi(aii, mai masuk sejarah dah) tengah baca Quran kat surau Al-Huda(pinjam surau kolej jap)..kebetulan, ada seseorang terdengar bacaan die and terpegun seketika mulut ternganga tidak terkata...orang tu pon pergi mendekati Rosli.

Matt---{wuihh! Li, sedap hang baca Quran..aku tak tau pon hang reti baca Quran..tengok gaya rugged ala Bob Marley, tapi baca Quran bukan maen lenggok..sejuk perut aku dengaq hang baca..}
Rosli---{awat lak perut hang yang sejuk lak ni???hang mak aku ka??gila! takda la matt...biasa-biasa ja aku baca ni...lagipun, al-Quran ni kan kalamullah..kita mana bole baca maen2...mesti tartil dan bertajwid..kalau boleh berlagu, lagi baguih..}
Matt---{tapi, aku tak sangka hang macam ni..kalu tengok kot luaq, mati-mati2 hidup balik aku akan sangka hang mat rempit..kurus kediang, rambut kusut, muka cengkung..mcm orang high pon ada..awat hang tak pakai kopiah ke apa..takdala orang bersangka buruk ngn hang nanti....}
Rosli---{matt2....tulah hang..habeh hang ingat semua orang yang berkopiah ni baek sangat kah?orang pakai kopiah pon buat benda haram...pegi masjid, semayang jemaah tapi hisap rokok..apa cerrrr....kebaikan seseorang tu bukan pada luaran, tapi hati dia....ikot pi la dia nak pakai macam mana pon, asalkan masih menepati syarakla kan, tapi amalan biaq tiptop..
Matt---{hmm...betoi gak...pas dengaq hang baca Quran ni, aku rasa syok nak ikot..tapi aku tak reti...hang ajaq aku bole Li??}

analisa------haaaaa........much clearer???nmpk tak daripada mulanya si Matt tu just nak memuji bacaan Rosli ni, tapi last2 menjadi satu perkongsian ilmu...tak pasai-pasai malaikat turun mengelilingi mereka..wahhhh.....

Jadi, aku rasa 2 contoh pon dah cukup untuk menerangkan analogi aiskrim tu...Dakwah tu boleh berlaku di mana-mana..tak perlu ada ceramah, tak perlu pangkat ustaz, even dengan ajnabi pon boleh berlaku dakwah..macam sekarang  ni...aku just nak berkongsi ilmu...aku bukanlah ustazah, hafizah, pelajar sekolah agama ke, i'm just an ordinary girl..but as a Muslim, when you have something good to say, you must, i repeat, you MUST spill it out in whatever ways possible so that you won't be questioned of your role as a khalifah by Allah in the afterlife...The job as a dai'e is every muslim's job, not entitled to those with religious background only...so guys, let's make some heart changes for this new year and may Allah bless us all..

p/s---joinlah usrah untuk sentiasa meningkatkan iman kite..tak rugi woo join usrah!

JOM MAKAN AISKRIM!! 

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyeru kepada yang ma'ruf dan mencegah yang munkar, merekalah orang-orang yang beruntung." (QS. Ali Imran [3] : 104).


baca ni betoi2!!

buang kata-kata ini dari hati kita....kita semua adalah pendakwah..


5 comments:

  1. Assalamualaikum shabatku yg dikejauhan sana!
    Alhamdulillah..post yg sgt menarik..
    truskan post camneh byk2 ye..
    Smg Allah merahmatimu shbat!:))

    ReplyDelete
  2. yess i do have probs with you...Allah telah menggerakkn hati ainee utk buka blog ini..rupenye kamu ye atina...nama daku tercanang di sini...

    ReplyDelete
  3. ooppss ainee ka....hahahaha thanks sbb sudi baca...

    ReplyDelete
  4. sahabatku.. keep it up d good work!!.. <3

    ReplyDelete

U gotta problem wimme??